permintaan adalah kesanggupan dan kemampuan pengguna untuk membeli barang pada tingkat harga tertentu dan dalam masa yang tertentu...hukum permintaan menyatakan bila harga barang naik maka kuantiti barang di minta akan berkurangan sebaliknya bila harga sesuatu barang turun maka kuantiti yang di minta akan meningkat.
antara faktor ianya bersifat begitu adalah
1.hukum utiliti
kepuasan yang diperolehi pengguna daripada sesuatu barang akan semakin berkurangan bila kuantiti barang yang digunakan oleh pengguna semakin bertambah.contohnya katakan Ali membeli sebiji durian harganya rm10 sebiji dan dia makan durian tu sampai habis..dia mungkin tidak berminat lagi beli durian sebiji lagi sebab dia dah kenyang..kalau durian yang ke 2 itu di tawarkan dengan harga rm2 sebiji mungkin dia akan beli kan..
2.kesan pengganti
harga merupakan faktor terpenting bagi pengguna membeli barang...jika barang tersebut naik...maka pengguna akan memilih barang pengganti ..ini bermakna jika barang tersebut naik,kuantiti diminta akan menurun kerana pengguna beralih kepada barang pengganti yang relatif lebih murah..contohnya jika harga ikan meningkat,maka pengguna akan beli daging...ini menyebabkan kuantiti ikan di minta akan berkurangan
3.kesan pendapatan benar
bila harga barang meningkat,ini akan menyebabkan pendapatan benar pengguna juga berubah..di mana jika harga barang naik,kuasa beli pengguna akan berkurangan dan ini akan menyebabkan kuantiti barang yang dibeli akan berkurangan..
dengan hukum permintaan di atas..ada setengah peniaga dan pemborong mengambil kesempatan spt mereka menyorok barang..sebagai contohnya gula..ini akan menyebabkan permintaan terhadap gula akan meningkat..akhirnya pemborong dan peniaga akan tingkatkan harga jualan gula tadi..dan yang menjadi mangsa adalah kita semua sebagai pengguna..
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
































demand and supply... economy :)
ReplyDeletefaisal...permintaan dan penawaran...
ReplyDeletedemand and supply..teringat masa belajar perdagangan dan ekonomi dulu
ReplyDeleteeyriqazz...dulu tu bila ya...
ReplyDelete